Thursday, March 6, 2014

Tata cara Tayamum

Assalamualikum wr wb
 
pada zaman sekarang ini mungkin ada beberapa orang muslim yang asing ketika mendengar kata Tayamum karena berbagai sebab diantaranya karena kurangnya minat mereka untuk mengetahui apa itu tayamum, padahal banyak sumber informasi yang bisa dipercaya mengenai tayamum ini salah satunya melalui internet.
oleh karena itu saya akan berbagi ilmu tentang Tayamum, berikut ini informasnya.

Apa Itu Tayamum ?

Tayamum ialah menyapu debu tanah ke muka dan kedua-dua belah tangan dengan syarat-syarat tertentu.

******************************

Ada serorang  yang tanya apakah syarat-syarat tayamum, dengan penuh keyakinan aku pun menjawab ...
Syarat-syarat Tayamum?

Antara-antara syarat-syarat berTayamum ialah :

1. Ketiadaan Air
semasa musafir setelah ia yakin benar-benar tiada air tanpa perlu mencari lagi. jika ragu-ragu kemungkinan air itu ada ataupun tidak, maka wajiblah mencarinya dengan syarat aman daripada segala bahaya. Sekiranya diyakini untuk ketempat mencari air itu menyebabkan habis waktu solat atau mungkin air dijual dengan air yang tidak sepatutnya, maka bolehlah ia Bertayamum. jika punca air terlalu jauh, maka tidak wajib mencarinya dan bolehlah bertayamum.

2. Keuzuran Kerana Sakit
tidak boleh menggunakan air sama ada menyebabkan penyakit lambat sembuh atau pun bertambah sakit.

3. Air Yang Diperlukan Untuk Keperluan Yang Lebih Penting
Air itu ada tetapi diperlukan untuk minuman atau keperluan binatang yang dihormati.

4. Dilakukan Setelah Masuk Waktu
Tayamum hendaklah dilakukan setelah masuk waktu solat kerana tayamum itu darurat..
firman Allah Swt :
"Wahai orang-orang Yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu Dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa Yang kamu katakan. dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu Dalam keadaan Junub (berhadas besar) - kecuali kamu hendak melintas sahaja - hingga kamu mandi bersuci. dan jika kamu sakit, atau sedang Dalam musafir, atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air, atau kamu bersentuh Dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum Dengan tanah - debu, Yang suci, Iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun "
(( surah an-nisa : 43 ))
5. Menggunakan Debu Tanah Yang Suci
Sekarang debu ini boleh didapati dikedai, dan boleh beli dikedai..tapi kalau debu bercampu dengan tepung atau pasir tidak harus lah menggunakannya.

******************************

Rukun Tayamum
Antara rUkun-rukun Tayamum ialah :
1. Niat
" sahaja aku bertayamum untuk mengharuskan sembahyang semata-mata kerana Allah swt"

p/s : niat itu adalah semasa hendak memindahkan debu itu ke muka atau semasa menepuk debu itu..

2. Menyapu debu tanah ke muka

3. Menyapu debu tanah di tangan ( dengan menggunakan debu yang lain selain daripada yang di sapu ke muka tadi ) sehinggalah ke siku.
( walaupun ada pendapat mengatakan tidak perlu samapi ke siku memadai di pergelangan tangan sahaja )

4. TertiB ( yang dahulu, didahulukan .. yang kemudian, dikemudiankan )

******************************

Sunat Tayamum

Antara sunat-sunat tayamum ialah :
1. Membaca Basmalah.

2. Mendahulukan Tangan kanan dari tangan kiri.

3. Berturut-turut.

***************************
Perkara-perkara Yang Membatalkan Tayamum
Antara-antaranya ialah :

1. Apa yang membatalkan wudhu adalah juga membatalkan tayamum.

2. Murtad

3. Mendapat air.
sekiranya telah memperolehi airsetelah Bertayamum, tetapi belum solat, perlulah menggunakan air untuk berwuduk dan bersolat.
sekiranya sesudah solat ( dengan bertayamum ) tiba-tiba adanya air, solat tadi tidak wajib diulangi.

******************************

Cara-cara Untuk BerTayamum



* Membaca basmalah
* Renggangkan jari-jemari, tempelkan ke debu, tekan-tekan hingga debu melekat.
* Angkat kedua tangan lalu tiup telapat tangan untuk menipiskan debu yang menempel, tetapi tiup ke arah berlainan dari sumber debu tadi.
* Niat tayamum : Nawaytuttayammuma listibaa hatishhalaati fardhollillahi ta'aala (Saya niat tayammum untuk diperbolehkan melakukan shalat karena Allah Ta'ala).
* Mengusap telapak tangan ke muka secara merata
* Bersihkan debu yang tersisa di telapak tangan
* Ambil debu lagi dengan merenggangkan jari-jemari, tempelkan ke debu, tekan-tekan hingga debu melekat.
*Angkat kedua tangan lalu tiup telapat tangan untuk menipiskan debu yang menempel, tetapi tiup ke arah berlainan dari sumber debu tadi.
* Mengusap debu ke tangan kanan lalu ke tangan kiri



Sumber yang dipercayai :
1. Al-Quran Kalamullah
2. Buku Indahnya Hidup Bersyariat by Dato' ismail bin kamus & Mohd azrul azlen bin ab. hamid

mudah-mudahan bermafaat